ARTIKEL KEJURURAWATAN

Langkah Pencegahan Covid-19 dari Perspektif Orang Ramai 28 Mei, 2020- Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) adalah penyakit berjangkit yang serius dan telah dikenal pasti pada bulan Disember 2019 di Wuhan, China. COVID-19 telah menyebar ke seluruh dunia dan menyebabkan pandemik yang sedang berlangsung. Menurut statistik yang terkini, lebih daripada 5.5 juta kes telah dilaporkan di 187 negara. Virus COVID-19 menyebar terutamanya melalui titisan kecil yang dihasilkan oleh batuk dan bersin. Orang tua, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai masalah perubatan yang mendasari seperti penyakit kardiovaskular, kencing manis dan penyakit pernafasan kronik lebih cenderung untuk menghidap penyakit serius. Wabak ini telah membimbangkan orang ramai tentang kesihatan mereka. Penularan novel coronavirus atau lebih dikenali sebagai COVID-19 telah melanda Malaysia pada 25 Januari 2020. Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh kerajaan dalam memastikan rangkaian wabak ter...