BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)


Bahan Bantu Mengajar: Insulin Injection Site

BBM yang saya hasilkan akan digunakan untuk memberi ‘health education’ kepada pesakit Diabetes Mellitus yang memerlukan suntikan insulin di rumah. Idea untuk melakukan inovasi ini adalah berdasarkan penempatan klinikal saya di Klinik Primer PPUKM.

Insulin Injection Site ini menggunakan span sebagai pengganti kepada perut pesakit dan tali pinggang untuk mengikatnya di bahagian badan pesakit. Manakala pen pula digunakan sebagai pengganti kepada Insulin Pen. Dengan adanya BBM ini, pesakit akan memahami dengan lebih jelas tentang prosedur yang sepatutnya dilakukan oleh mereka di rumah.


Bahan-bahan yang digunakan

1.      Kepingan kotak
2.      Span
3.      Tali pinggang terpakai
4.      Pen



Cara- cara: 

1. Guntingkan kotak, kemudian lubangkan di bahagian tengah, kiri dan kanan kotak tersebut.


2. Masukkan span di bahagian tengah.


3. Masukkan tali di bahagian kotak kecil di bahagian kiri dan kanan. Siap!



Menggunakan BBM tersebut, kita boleh menunjukkan kepada pesakit cara suntikan yang betul iaitu dengan memegang pen insulin secara 90 darjah menggunakan tangan dominan, manakala sebelah tangan lagi digunakan untuk memicit bahagian perut kerana insulin perlu disuntik di bahagian lemak perut. Rujuk gambar di bawah :)




Comments

  1. Wahhhhh sgt kreative dan mudah di fahami 😉

    ReplyDelete
  2. Kreatifnya 😍 bbm ini amat berguna untuk pesakit kencing manis

    ReplyDelete
  3. Sangat menarik.. Semoga kita semua dapat manfaat dari blog awak.. Teruskan usaha👍

    ReplyDelete
  4. Ohh begitu rupanya cara menggunakan pen insulin. Terima kasih admin, sekarang saya lebih faham! 😊👍🏼

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

10 INOVASI DAN TEKNOLOGI DALAM BIDANG PERUBATAN

10 LINK YOUTUBE