10 INOVASI DAN TEKNOLOGI DALAM BIDANG PERUBATAN
10 INOVASI DAN TEKNOLOGI DALAM BIDANG PERUBATAN 1. Throat-Lite ‘Throat-Lite’ menggabungkan penggunaan ‘wooden tongue depressor’ atau sudip kayu dengan lampu LED mini. Inovasi ini dilakukan kerana teknologi asing iaitu ‘Throat Scope’ iaitu alat khas bagi membantu pengamal perubatan melakukan pemeriksaan kerongkong atau mulut sangat mahal untuk dimiliki. Berdasarkan penggunaan sudip kayu pakai buang sedia ada, ianya ditambah baik dengan pemasangan lampu LED mini yang membantu pemeriksaan pesakit lebih cepat dan cekap ke arah pendiagnosan penyakit yang tepat. Lampu LED yang kecil, ringan dan boleh dipusing 360 darjah hanya perlu diklip pada sudip terbabit dan terus boleh diguna. 2. MyB Ortho Shoes, MyB Air Walker dan MyB Muslim Prosthetic. Bahan inovasi seterusnya adalah ciptaan seorang Pakar Ortopedik di Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) iaitu Profesor Madya Yazid Bajuri. MyB Ortho Shoes iala...
Comments
Post a Comment