10 INOVASI DAN TEKNOLOGI DALAM BIDANG PERUBATAN
10 INOVASI DAN TEKNOLOGI DALAM BIDANG PERUBATAN
1. Throat-Lite
‘Throat-Lite’ menggabungkan penggunaan ‘wooden tongue depressor’ atau sudip kayu dengan lampu LED mini. Inovasi ini dilakukan kerana teknologi asing iaitu ‘Throat Scope’ iaitu alat khas bagi membantu pengamal perubatan melakukan pemeriksaan kerongkong atau mulut sangat mahal untuk dimiliki. Berdasarkan penggunaan sudip kayu pakai buang sedia ada, ianya ditambah baik dengan pemasangan lampu LED mini yang membantu pemeriksaan pesakit lebih cepat dan cekap ke arah pendiagnosan penyakit yang tepat. Lampu LED yang kecil, ringan dan boleh dipusing 360 darjah hanya perlu diklip pada sudip terbabit dan terus boleh diguna.
2. MyB Ortho Shoes, MyB Air Walker dan MyB Muslim Prosthetic.
Bahan inovasi
seterusnya adalah ciptaan seorang Pakar Ortopedik di Hospital Canselor Tunku
Mukhriz (HCTM) iaitu Profesor Madya Yazid Bajuri.
MyB
Ortho Shoes ialah sepasang kasut rekaan khas mengikut keselesaan kaki
pesakit bagi mencegah berlakunya komplikasi yang disebabkan oleh penyakit Diabetes
Mellitus.
MyB
Air Walker adalah alat bantu berjalan yang mempunyai sensor khas untuk
mengesan berat berlebihan pesakit. Teknologi tersebut dicipta khas untuk
pesakit yang baru sahaja menjalani pembedahan akibat kecederaan patah tulang
atau kecederaan ligamen bagi tujuan proses penyembuhan berlaku secara optimum.
Manakala MyB
Muslim Prosthetic ialah kaki palsu yang direka khas bagi memudahkan
pergerakan pesakit terutama ketika solat kerana kaki palsu itu boleh
dibengkokkan seperti kaki normal.
3. Bacaan gula melalui kanta sentuh
Satu
institusi penyelidikan di Korea sedang giat menjalankan penyelidikan dan telah
mencipta teknologi baru iaitu bacaan gula melalui air mata. Hal ini dapat
memudahkan pesakit diabetes untuk memantau bacaan gula tanpa memerlukan
suntikan jarum. Kanta sentuh digunakan bagi mengesan perubahan bacaan gula yang
melebihi kadar normal dan ia juga akan mengeluarkan isyarat elektrik kepada
diod pemancar cahaya dengan menggunakan sumber tenaga tanpa wayar dan ia tidak
menggangu penglihatan.
4. Penggunaan Drone dalam Perubatan
Teknologi drone ini semakin giaat digunakan dalam bidang perubatan di negara-negara maju seperti Korea dan Rusia. Teknologi ini bertujuan untuk menghantar barang spesimen seperti darah, biopsi dan vaksin. Ia membuka ruang kepada halangan yang sering dihadapi dalam memberikan khidmat perubatan di daerah atau penempatan yang terpencil.
5. Inovasi rawatan gigi
Evolusi teknologi
berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) melakukan diagnosis tepat, pesakit hanya
memerlukan satu rawatan khusus untuk bahagian yang sakit sahaja. Teknologi AI
ini membolehkan pesakit tidak diberi rawatan pergigian ‘try and error’ sebagai
penyelesaian kesihatan mulut hingga menyebabkan mereka menanggung kesakitan
serius.
Kaedah
ini sekali gus mengelakkan pesakit terpaksa mengharungi pelbagai teknik rawatan
yang sebenarnya tidak mampu memulihkan masalah gigi mereka.
Menerusi
teknologi ini, data pergigian seseorang diakses daripada skrin komputer
berbanding kaedah rawatan yang berbeza antara satu klinik, sekali gus
memberikan pesakit penyelesaian tepat tanpa risiko tersalah dirawat.
6. Pil ubat yang dikawal oleh telefon.
Pil
berbentuk Y ini diisi dengan ubat berbeza dan turut mengandungi alat pengesan
untuk mengenal pasti sebarang perubahan pada keadaan perut dan usus pesakit.
Semua maklumat tersebut seterusnya dihubungkan ke telefon pintar pesakit atau
doktor melalui teknologi Bluetooth tanpa wayar.
Teknologi
e-kesihatan ini juga membolehkan doktor dan pesakit untuk memantau keadaan
semasa mereka dengan maklumat yang diterima melalui telefon pintar mereka. Sekiranya
berlaku sebarang perubahan abnormal kepada pesakit, doktor boleh melepaskan dos
ubat yang bersesuaian dengan keadaan pesakit.
7. Deep-Brain Stimulator
Deep brain stimulation
(DBS) atau rangsangan otak dari dalam merupakan kaedah rawatan baru bagi strok.
Rawatan ini melibatkan penempatan elektrod DBS pada otak pesakit melalui
pembedahan. Rangsangan elektrik diberikan melalui elektrod terbabit membantu
proses pemulihan di samping rehabilitasi.
8. Robotic Check-up
Robotic
Check-Ups bidang perubatan dapat pergi selangkah kehadapan, kerana mereka
sekarang dapat membuat rondaan, pemeriksaan pesakit yang berada di bilik yang
berlainan, mengemaskini carta-carta dan tanda vital tanpa interaksi secara
langsung dengan pesakit. Peranti ini adalah alat mudah alih yang mempunyai
skrin dapat berfungsi mengunakan panggilan video dan alat permantauan
perubatan.
9. B-Tag and Track
B-Tag & Track ialah
gelang berteknologi RFID yang mengesan kedudukan ibu dan bayi
sepanjang masa mereka berada di wad bersalin. Teknologi ini dicipta bagi
mengelakkan kes tertukar bayi dan juga penculikan bayi meskipun ianya jarang
berlaku di Malaysia. Malahan ibu bapa tidak perlu risau sekiranya takut
maklumat digodam kerana sistem yang digunakan dalam peranti ini dipantau
sepanjang masa oleh Cyber Security Malaysia.
10. Billirubin Detector (Billitec)
Bentuknya yang kompak
dan ringan, memudahkannya dipegang dan digunakan dengan cara sentuhan skrin. Ia
didatangkan dengan aplikasi mobile (mobile app) yang membolehkan pengguna
merekodkan tahap bacaan (bilirubin) terus ke penyimpanan cloud dan catatan
rekod itu boleh dilihat semula oleh doktor atau pegawai perubatan mahupun ibu
bapa.
Dengan
menggunakan teknologi ‘spectrophotometer’ yang ada pada bilitec, tahap
bilirubin diukur dengan melakukan imbasan pada kulit bayi atau mata bayi.
Teknologi itu akan mengesan tahap bilirubin berdasarkan warna pada kulit atau
mata bayi, sekali gus mengurangkan pengambilan sampel darah untuk tujuan
pemeriksaan atau saringan.
Blog yg menarik dan bermanfaat
ReplyDeleteMenarik dan penuh dengan informasi :)
ReplyDeleteNice content and informational👍🏼
ReplyDeleteThank you for sharing the information. Interesting and useful. Well done.
ReplyDeleteSangat berinformasi. Saya yang bukan pelajar berkaitan kedoktoran, sangat2 berasa berilmu selepas membaca. Ada banyak juga yang saya tidak tahu berkaitan dengan teknologi yang sudah sedia ada. Saya harap lebih banyak lagi informasi yang berguna. 🤙👍👍👍
ReplyDeleteWahhhh byk btl sya perolehi... rasa mcm nk ceburi bidang perubatan la dgn teknologi2 seperti ini...
ReplyDeleteT.kasih saudari patrricia di atas komen baik anda. Saya doakan anda berjaya dalam mana mana bidang yang anda ceburi tidak kira lah bidang perubatan atau bukan ;)
DeleteGood job! I learn something new!
ReplyDeleteNice information and very useful
ReplyDeleteBagus informasi yang dikongsikan
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePerkongsian yang menarik👍👍
ReplyDeleteinformasi yang menarik dan ringkas
ReplyDeletenice blog & so attractive!
ReplyDeletebanyak infomasi yang boleh diperoleh!
ReplyDelete